Saturday, November 21, 2009

2nd Annisa Mini Concert

Memandangkan menghampiri penghujung 2009, Taska Annisa menganjurkan Konsert Mini bertempat di tempat taska. Konsert Mini ini memaparkan persembahan pelajar2 yang dididik di taska tersebut. Selain daripada persembahan, pihak taska menyampaikan hadiah kepada pelajar terbaik untuk setiap kelas dan pelajar yang berjaya berpuasa di bulan Ramadhan. Melalui program ini dapat mengeratkan hubungan diantara para ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke taska tersebut amnya dan diantara pihak taska dengan ibubapa khususnya.

Untuk slot persembahan, Saidatul Irdina memasuki semua persembahan tarian. Patutlah Pengetua taska ada memberitahu kami yang Saidatul Irdian merupakan orang yang penting dalam slot persembahan. Berkenaan dengan pencapaian di dalam kelas, Saidatul Irdina berada di kelas Level 1 dan berjaya mendapat no. 2. Secara peribadi ia merupakan pencapaian yang baik kerana Irdina baru sahaja memasuki taska tersebut pada bulan Julai.

Emak dan Abah Sayang Dina (Manja Baby Girl)

Salah satu Slot tarian


Penyampaian Hadiah

No comments:

Post a Comment