Thursday, October 29, 2009

Sabtu 31.10.2009

Pada 31.10.2009 aku akan bertindak sebagai Timbalan Pengerusi untuk program Pengukuhan Kecemerlangan JKE Sesi Julai 2009. Sebenarnya program ini lebih menumpukan kepada pelajar yang lemah untuk subjek E1002 (Sistem Elektronik 1) dan E1001 (Teknologi Elektrik 1) di dalam membantu pelajar tersebut untuk menjawab soalan penilaian akhir dengan berkesan. Aturcara program :-

Masa
7.30 am ~ 7.40 am - Pendaftaran Peserta
7.45 am ~ 8.00 am - Pre Test
8.00 am ~ 10.00 am - Ceramah (Smart Learning)
10.00 am ~ 10.15 am - Minum Pagi
10.30 am ~ 12.30 pm - LDK
Sesi 1 - Ice Breaking
Sesi 2 - Teknik Menjawab Soalan
Sesi 3 - Post Test
12.30 pm ~ 1.00 pm - Majlis Penutup
1.00 pm Makan dan bersurai

Monday, October 26, 2009

Kejohanan Ragbi SRU 10's 2009

PKS Gladiators R.C - Juara Bowl Division SRU 10's 2009
(Jurulatih dan Pengadil Kejohanan)

Koleksi Umrah 2009

Diluar Masjid Kubba'

Perkarangan Masjid Nabawi

Luar hotel menghadap MasjidilHaram

Pemandangan waktu malam Masjid Nabawi

Luar Perkarangan Masjid 2 Kiblat

Umrah 2009

Bismillah
Dengan keizinan yang telah diberikan, akhirnya aku sekeluarga sampai ke Tanah Suci Mekkah un tuk menjadi tetamu Allah s.w.t. Alhamdulillah keinginan untuk melihat dan menunaikan ibadah di MasjidilHaram dan Masjid Nabawi di Madinnah tertunai. Perjalanan dan menunaikan ibadah umrah selama 12 hari membawa seribu kenangan yang tidak dapat ditukar ganti. Tanpa aku sedari airmata bergelinang apabila melihat 2 masjid suci itu dan lebih menyedihkan apabila meninggalkan 2 masjid tersebut. Alhamdulillah, kerana dengan berkat keizinan daripada Allah s.w.t aku dapat menunaikan solat hajat, solat taubat, solat sunat dan solat masuk masjid di Raudah. Ini kerana raudah adalah taman syurga di lingkungan makam Rasul dan mimbar rasul. Di Masjidilharam aku dapat memegang kain kabbah dan menciumnya. Hajat untuk memegang hajarulaswad tidak kesampaian kerana ramai umat islam yang berasak2 untuk memegangnya. Diharap aku sekeluarga dapat sampai lagi di sana dan menjadi tetamu Allah s.w.t yang terpilih untuk menunaikan Ibadah Haji pulak. Insya Allah dalam jangka 10 tahun lagi.

di ladang kurma
(air yang mengalir dalam saliran adalah air jenih yang boleh diambil wuduk )


Jabal Rahmah


Kenangan di MasjidilHaram
(diambil selepas tawaf selamat tinggal)


Makam pejuang perang Uhud dan Bukit Uhud

Saturday, October 24, 2009

Hari yang memenatkan

sabtu 24.9.2009 merupakan antara yang memenatkan .............. seharian di Stadium Negeri Sarawak kerana terlibat dengan SRU 10's 2009. Untuk kejohanan ini aku terlibat sebagai Pengadil dan menguruskan pasukan. Selain itu anak aku deman kuat jugak dan telah aku bawa ke klinik petra di satok untuk menerima rawatan. Setelah makan ubat terus tidur, mungkin penangan ubat. Itu sahaja cacatan pada hari ini. Semoga pasukan ragbi PKS A dapat mengalahkan KRFC dan seterunys berada no2 kumpulan dan melayakkan bermain untuk peringkat Semi Cup/Plate dan mungkin bertemu dengan Kuching Barbarian.

sekian

Friday, October 23, 2009

Pengadil SRU 10's 2009

pada 24 dan 25 okt jadi pengadil untuk perlawanan yang bakal diadakan di stadium negeri. Badan dah mula naik ...... pastu cikgu hamid dan fendi ada plak tu ...... menakutkan 2 orang nie ...... harap dapat memberikan yang terbaik

Thursday, October 22, 2009

Aidilfitri 2009


Gambar keluarga terbaru yang diambil semasa Aidilfitri 2009...............

Berpindah ......

Saya sekeluarga telah berpindah secara rasminya ke Kuching Sarawak semenjak dari 12 Januari 2009 ...... alamat terbaru kami adalah :-

Alamat
68A, Lot 7240,
Lorong 6B2,
Taman Matang Jaya,
93050 Kuching
Sarawak

No tel :-
082-648137
016-2513644 (Mohd Azirudin)
016-7436004 (Norshariza)

Email-
azirudin.s@poliku.edu.my
simadina05@yahoo.com.my

Selamat datang ......

Assalamualaikum dan salam sejahtera .......

Salam perkenalan dari saya ............ semoga dengan adanya blog ini dapat membantu kami mencari kawan-kawan lama yang sudah terputus hubungan dengan saya sekeluarga .....

sekian