Monday, October 26, 2009

Umrah 2009

Bismillah
Dengan keizinan yang telah diberikan, akhirnya aku sekeluarga sampai ke Tanah Suci Mekkah un tuk menjadi tetamu Allah s.w.t. Alhamdulillah keinginan untuk melihat dan menunaikan ibadah di MasjidilHaram dan Masjid Nabawi di Madinnah tertunai. Perjalanan dan menunaikan ibadah umrah selama 12 hari membawa seribu kenangan yang tidak dapat ditukar ganti. Tanpa aku sedari airmata bergelinang apabila melihat 2 masjid suci itu dan lebih menyedihkan apabila meninggalkan 2 masjid tersebut. Alhamdulillah, kerana dengan berkat keizinan daripada Allah s.w.t aku dapat menunaikan solat hajat, solat taubat, solat sunat dan solat masuk masjid di Raudah. Ini kerana raudah adalah taman syurga di lingkungan makam Rasul dan mimbar rasul. Di Masjidilharam aku dapat memegang kain kabbah dan menciumnya. Hajat untuk memegang hajarulaswad tidak kesampaian kerana ramai umat islam yang berasak2 untuk memegangnya. Diharap aku sekeluarga dapat sampai lagi di sana dan menjadi tetamu Allah s.w.t yang terpilih untuk menunaikan Ibadah Haji pulak. Insya Allah dalam jangka 10 tahun lagi.

di ladang kurma
(air yang mengalir dalam saliran adalah air jenih yang boleh diambil wuduk )


Jabal Rahmah


Kenangan di MasjidilHaram
(diambil selepas tawaf selamat tinggal)


Makam pejuang perang Uhud dan Bukit Uhud

No comments:

Post a Comment