Saturday, December 19, 2009

Cuti2 Malaysia 2009 - Damai Puri Santubung

Pada 18/12 ~ 20/12 kami sekeluarga telah bercuti di santubung dan menginap di Damai Puri Resort & Spa. Percutian adalah untuk menikmati pantai suntubung dan relekskan diri dari tekanan kerja.Tiada banyak aktiviti yang boleh dilakukan kecuali melayan anak kami Saidatul Irdina mandi di pool resort. Hajat untuk mandi di pantai terbantut kerana irdina takut laut. Berikut antara gambar kenangan .....




Saturday, November 28, 2009

Irdina Tak Sihat

Assalamualaikum

Saidatul "Manja Baby" Irdina tidak sihat ........... dina mengalami muntah-muntah pada 27/11/2009 dan pada 28/11/2009 mengalami demam .......... semoga anak kami yang tersayang dapat sembuh besok. Minta doakan kesihatan anak kami



Semasa Pendaftaran Masuk di Canctuary Clinic
Muka Dina monyok menunggu berjumpa doktor


Dina Selepas Pemeriksaan Doktor
Sempat senyum sebab x kena hantar hospital



Menunggu mengambil ubat.
Alhamdulillah dina tidak mengalami demam dan muntah-muntah yang teruk.
Dina sudah beransur sihat

Thursday, November 26, 2009

ADAB MENDENGAR AZAN



Allahu Akbar!!

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Coba Kita amati.. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa... Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratulmaut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ' Ini jelas menunjukkan,Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami... Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. . .'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau di akal fikiran ku ini. Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan mengalunkan azan,
mengakui 'Bahawa Allah Saja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Diawali dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya sebanyak 180 juta.
Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mulai berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bi lal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S..W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbedaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belum alunan Azan merata Indonesia selesai, dimulai pula di Malaysia .
Berikutnya di-Burma dan dalam waktu satu jam selepas Azan dialunkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya alunanannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India .

Perbedaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 menit jadi dalam jangka waktu ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbedaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam.
Dalam jangka waktu ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.
Jarak masa Azan mula dialunkankan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pengeras suara, akan bergetar satu dunia dengan alunan Azan yang tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

Selamat Hari Raya AidilAdha

Dikesempatan ini saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha ........... kepada ahli keluarga yang berada di Pandan Jaya Kuala Lumpur dan Segamat Johor ........... Tidak lupa kepada rakan-rakan.

sekian

Sunday, November 22, 2009

Saidatul "Manja Baby" Irdina - Latest/ Terbaru

Saidatul Irdina semasa Konsert Mini Taska Annisa.

Solekan : Emak Irdina (Norshariza Jamhuri)
Jurufoto : Abah Irdina (Mohd Azirudin Sahhudin)


Saturday, November 21, 2009

Gambar Kenangan Konsert Mini ke 2 Taska Annisa

Tarian Mexico - Persembahan Pertama
Persembahan Kedua


Persembahan ketiga

2nd Annisa Mini Concert

Memandangkan menghampiri penghujung 2009, Taska Annisa menganjurkan Konsert Mini bertempat di tempat taska. Konsert Mini ini memaparkan persembahan pelajar2 yang dididik di taska tersebut. Selain daripada persembahan, pihak taska menyampaikan hadiah kepada pelajar terbaik untuk setiap kelas dan pelajar yang berjaya berpuasa di bulan Ramadhan. Melalui program ini dapat mengeratkan hubungan diantara para ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke taska tersebut amnya dan diantara pihak taska dengan ibubapa khususnya.

Untuk slot persembahan, Saidatul Irdina memasuki semua persembahan tarian. Patutlah Pengetua taska ada memberitahu kami yang Saidatul Irdian merupakan orang yang penting dalam slot persembahan. Berkenaan dengan pencapaian di dalam kelas, Saidatul Irdina berada di kelas Level 1 dan berjaya mendapat no. 2. Secara peribadi ia merupakan pencapaian yang baik kerana Irdina baru sahaja memasuki taska tersebut pada bulan Julai.

Emak dan Abah Sayang Dina (Manja Baby Girl)

Salah satu Slot tarian


Penyampaian Hadiah

Monday, November 16, 2009

Musim Haji

Sempena musim haji yang bakal tiba ............

Aku sekeluarga mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji dengan baik dan sempurna, semoga mendapat Haji yang Mabrur............ semoga selamat pergi dan selamat pulang ........... Kepada tetamu Allah, sesungguhnya kesempatan menunaikan ibadah haji ini merupakan peluang yang tidak mungkin dapat dilepaskan dengan begitu sahaja ............. Sesungguhnya aku sekeluarga merindui untuk pergi menunaikan ibadah di Mekkah dan Madinnah .......... Insya Allah sekiranya diberikan peluang dan dijemput menjadi tetamu-Nya ........ aku sekeluarga merancang untuk menunaikan ibadah Haji dalam 5 ~ 10 tahun lagi ......... Insya Allah .........

Kenangan Raya 2009

Belakang : Aku(Mohd Azirudin), Isteri Aku (Norshariza), Adik Ke2 (Siti Nurazira), Ipar aku (Bashar) dan Adik Bongsu (Muhammad Taufiq)
Depan :Abah aku (Sahhudin), Anak Buah aku (Nurainina Qaisara), Adik ke3 (Siti Nurarfa), Emak aku (Aziah) dan Anak aku (Saidatul Irdina)

Tuesday, November 3, 2009

Sabah Trip 08

Diruang menunggu KKIA Terminal 2

Irdina dengan gaya bebas

Tengah melayan irdina tengah meragam

Irdina baru lepas menangis

Sabah Trip 2008

Melancong ke sabah pada bulan jun 08. Bebarapa gambar kenangan kami sekeluarga

Perkarangan Lobi Hotel Menunggu Van
Aksi bebas ...... Bolos saja dinding itu
(Boring menunggu van yang lambat sampai)

1st point Gunung Kinabalu

Permulaan Gunung Kinabalu

di Pekan Nabolu
(Irdina meragam sebab baru bangun tidur)

Sunday, November 1, 2009

KENANGAN UMRAH

Bersama ayah di dalam Masjid Quba'



Luar Masjid Quba'
(isteri aku memegang kurma bukan buah anggur)

Muzium Mekkah

Pintu Kabbah lama

Al-Quran pertama yang ditulis tangan

Belakang adalah surah yang ditulis pada batu